Friday, January 22, 2010

Mesyuarat Pertama KUTNEP 200110

Tarikh: 20hb Januari 2010
Waktu: 5 Petang

Tempat: Pusat Latihan Jabatan Pertanian, Jalan ke Pekan, Kuantan ,Pahang.


En.Yusoff memperkenalkan diri dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang hadir. Semua ahli diminta mendaftarkan nama untuk disenaraikan didalam blog KUTNEP.

Kelab KUTNEP ini masih dalam peringkat permulaan dan belum didaftarkan lagi. Deraf Kertas Kerja dan memorandum Kelab KUTNEP ini adalah dalam proses untuk dibentangkan dalam blog terlebih dahulu untuk persetujuan ahli. Ahli-ahli yang hadir hari ini seperti senarai dibawah adalah AJK protemp komiti kelab KUTNEP.

Pentingnya kelab ini diadakan:-
  • Masalah yang dihadapi oleh mana-mana ahli dimasukkan kedalam blog KUTNEP supaya ahli-ahli dapat berkongsi dan mengelak ahli lain menghadapi masalah yang sama.
  • Penyelesaian sebarang masalah boleh digunapakai oleh ahli KUTNEP.
  • Suara kelab adalah lebih kuat dari suara individu.
En Yusoff dan En Termizi membentangkan objektif dan halatuju KUTNEP.
  • Berkongsi maklumat
  1. Masalah dihadapi seperti penyakit.
  2. Pemasaran
  3. Pembelian yang terbaik dan murah
  4. Cara pembajaan
  5. Pengunaan alat pertanian
  6. Pertanian mengunakan Effective Microbes (E.M)
  • Pembelian secara berkelompok ( pembelian secara pukal dan murah)
  • Landasan untuk membincangkan masalah pertanian yang dihadapi oleh ahli ahli, apabila mana mana ahli mengemukan masalah yang dihadapi didalam blog KUTNEP. Semua ahli akan bersepakat membantu.
  • Mengadakan ‘brain-storming’ untuk mengatasi masaalah atau menganalisa rancangan mana mana ahli.
  • Membimbing dan memberi nasihat kepada ahli-ahli yang baru menceburi bidang pertanian.
  • Membentangkan masalah yang dihadapi ahli kepada jabatan pertanian
Pembelian barang dan peralatan pertanian
En Termizi menambah bahawa barang dan peralatan pertanian adalah jauh lebih murah di C.ameron Hig.hland dan mana-mana ahli yang bercadang untuk ke sana diminta memasukan kedalam blog tarikh hendak naik. Ahli-ahli boleh mengirim untuk beli barang dengan memberi sumbangan duit minyak.

Yuran
Tiada yuran dikenakan kepada ahli

Pemasaran
Ahli ahli diminta menolong memasarkan produk ahli ahli lain dan ahli ahli adalah diharapkan memberi diskaun kepada ahli ahli KUTNEP.

Senarai Ahli-Ahli KUTNEP yang Hadir
  1. M.Y.Hamzah
  2. Ahmad Termizi Harun
  3. Mat Kassim bin Baharin
  4. Jazmee bin Jathi
  5. Mohd Zakaria bin Isa
  6. Karia Mohamaddin bin Che Soh
  7. Azrul Abdullah
  8. Mohd Azrul bin Idris
  9. Nooraina Amid
  10. Abdul Razak Abdul Rani